Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A6 Pro 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099

OPPO A6 Pro 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 1

OPPO A6 Pro 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 2

OPPO secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru didalam OPPO A Series iaitu OPPO A6 Pro 5G.

Terus ke spesifikasi, OPPO A6 Pro 5G hadir dengan skrin paparan fleksible AMOLED berukuran 6.57-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima sehingga 1,400nits. Ianya dikuasakan cip Dimensity 6300 (6nm) bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

OPPO A6 Pro 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 3

Selain itu, OPPO A6 Pro 5G juga menampilkan rekaan yang sangat tahan lasak dengan penarafan kalis air dan habuk IP69, IP68 dan IP66 serta kalis renjatan gred tentera. Ia juga hadir dengan rekaan panel belakang berasaskan tektur kelopak bunga.

OPPO A6 Pro 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 4

Seterusnya, OPPO A6 Pro 5G hadir dengan sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP dan kamera selfie 16MP.

Beralih kepada bateri, A6 Pro 5G hadir dengan bateri berkapasiti 6,500mAh bersama pengecasan pantas 80W SUPERVOOC dan pengecasan reverse charging.

Seterusnya, telefon pintar ini juga hadir dengan AI Link Boost 3.0, sistem penyejukan SuperCool VC System dan ColorOS 15 yang berasaskan Android 15.

OPPO A6 Pro 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 5

Akhir sekali, OPPO A6 Pro 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Stellar Blue dan Coral Pink pada harga RM 999 dan ianya kini dibuka untuk pra-pesanan bersama hadiah percuma bernilai RM 997 yang termasuk  OPPO A6 Pro Gift Box, 1 tahun liputan OPPO Care Plus Liquid Protection & Screen Protection yang boleh ditebus melalui aplikasi MY OPPO.

Lebih menarik, anda juga boleh mendapatkan OPPO A6 Pro 5G di roadshow OPPO A6 Pro 5G di IOI City Mall Putrajaya.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.