Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find 9 bakal hadir dengan Snapdragon 821 dan 8GB RAM?

OPPO Find 9 bakal hadir dengan Snapdragon 821 dan 8GB RAM? 1

Oppo-Find-9-specs-leak

OPPO Find 9 bakal hadir dengan Snapdragon 821 dan 8GB RAM?

Sebelum ini, OPPO Find 9 dikatakan akan didatangkan dengan pengecasan pantas Super VOOC. Kini terdapat khabar angin bahawa peranti ini akan mengandungi memori besar sebanyak 8GB RAM !

Ini merupakan peranti perdana OPPO yang sudah lama dinantikan sejak OPPO Find 7 dilancarkan dua tahun lalu.

Mengikuti pendedahan terkini, reka bentuk OPPO Find 9 turut didedahkan. Peranti ini akan dilengkapi dengan skrin melengkung 5.5-inci Super AMOLED dengan resolusi Quad HD, cip pemprosesan Snapdragon 821, kamera belakang 21 megapixel dan kamera hadapan 16MP. Memori adalah 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman, 4,100 mAh bateri serta menyokong teknologi pengecasan pantas Super VOOC.

Reka bentuk OPPO Find 9 lebih kurang sama dengan Find 7, tetapi Find 9 diberitahui akan hadir dengan dwi-kamera yang sangat popular sekarang.

Ciri-ciri lain OPPO Find 9 yang dikhabarkan mempunyai port USB jenis-C (USB 2.0) dan Color OS berasaskan Android 5.1 atau Android Marshmallow.

Adakah Find 9 akan dilancarkan pada bulan ini? MobileFokus rasa ia tentu akan menarik perhatian dunia!

SUMBER

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.