OPPO Watch X kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399
OPPO secara rasminya telah melancarkan jam tangan pintar flagship terbaru syarikat ini di Malaysia iaitu OPPO Watch X pada harga RM 1,399.
OPPO Watch X tampil dengan pelbagai fungsi holistik dan prestasi berkuasa dalam reka bentuk yang diperhalusi.
Watch X memiliki paparan AMOLED berukuran 1.43-inci dengan resolusi 326 PPI dan kadar penyegaran sehingga 60Hz memastikan pengalaman tontonan yang bertenaga dan responsif pada setiap masa. Ini juga dilindungi oleh gelas kristal sapphire 2.5D yang anti-calar dan anti-capjari yang lebih menyeluruh tanpa menjejaskan kejelasan optik.
OPPO Watch X juga tampil dengan casis keluli tahan karat lasak yang telah digilap untuk rasa metalik premium, manakala butang dan bingkai tengah disepadukan dengan lancar untuk memberikan jam tangan struktur yang kukuh namun ringan.
Seterusnya, OPPO Watch X juga telah melepasi piawaian ketenteraan MIL-STD-810H AS, memastikan ketahanan yang tinggi walaupun dalam keadaan sukar dan tekanan persekitaran selain turut mempunyai penarafan rintangan habuk IP68 dan kalis air 5ATM.
Selain itu, OPPO Watch X menampilkan GPS dwi-frekuensi dengan keupayaan untuk menerima isyarat L1 GPS dan L5 GPS . Penggunaan dua antena berasingan untuk setiap isyarat GPS meningkatkan lagi ketepatan dan kebolehpercayaan kedudukan untuk pengguna semasa berlari, berbasikal, mendaki atau bersenam dalam persekitaran dengan liputan GPS yang lemah.
OPPO Watch X juga menyediakan pengecaman sukan automatik dengan keupayaan untuk mengenal pasti apabila pemakai berjalan, berlari, berbasikal, berenang atau menggunakan mesin mendayung. Ciri sukan khusus lain yang tersedia pada OPPO Watch X termasuk mod badminton khusus yang dibangunkan secara dalaman oleh OPPO.
Dari segi kesihatan pula, Watch X tampil dengan sensor degupan jantung 8 saluran yang lebih tepat dan sensor oksigen darah 16 saluran yang membolehkan pengguna memantau kadar denyutan jantung mereka, tahap ketepuan oksigen darah dan maklumat lain. OPPO Watch X dan aplikasi OHealth kini turut menyokong Health Connect oleh Android.
Dikuasakan dengan Wear OS, OPPO Watch X disertakan dengan aplikasi Google, termasuk Google Assistant, Google Maps, Google Wallet dan Google Play.
Mengkuasakan Watch X ini adalah seni bina dwi-enjin proprietari dengan dua set cip berasingan iaitu Snapdragon W5 Gen 1 SOC dan BES2700 MCU. Di bawah seni bina dwi-enjin yang tercanggih ini, dua cip jam tangan itu telah ditala untuk berfungsi seiring dengan antara muka hibrid Wear OS.
Akhir sekali, Watch X juga tampil dengan bateri berkapasiti 500mAh dengan pengecasan pantas VOOC yang memberikan 100% pengecasan didalam masa 60 minit dengan jangka hayat bateri mampu menyediakan sehingga 100 jam hayat bateri aktif sepenuhnya apabila dalam mod Smart berciri penuh, dan sehingga 12 hari masa standby dalam mod Power Saver .
OPPO Watch X is akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Mars Brown dN Platinum Black. Pelanggan yang membeli Watch X dari Feb 29 – April 21 akan menerima rebat bernilai RM100 selain promosi membeli tali jam tambahan pada harga RM 1 sahaja. Maklumat lanjut di OPPO Malaysia.