Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition – Tablet dengan ciri perlindungan mata terbaik di Malaysia

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, populariti tablet sebagai sebuah peranti hiburan dan kerja telah menunjukkan peningkatan yang drastik.

Tablet menjadi pilihan kerana ianya mampu menjalankan tugas setaraf komputer riba namun pada profil yang lebih kecil dan mudah alih.

Disebabkan ini, sedar atau tidak, pengguna menghabiskan lebih banyak masa pada tablet yang secara tidak langsung mengakibatkan kelesuan mata dalam jangka masa panjang.

Untuk mengatasi masalah dunia teknologi ini, HUAWEI telah mengumumkan sebuah tablet yang akan memberikan anda perlindungan daripada kelesuan mata iaitu HUAWEI MatePad 11.5″ PaperMatte Edition.

Apakah Punca Utama Kelesuan Mata?

Bercakap sahaja mengenai peranti pintar seperti telefon pintar dan tablet, penghasilan cahaya biru daripada skrin sering dikaitkan sebagai punca utama kepada kelesuan mata namun tidak ramai yang tahu bahawa cahaya persekitaran ( cahaya ambien) juga antara penyumbang kepada masalah kelesuan mata.

Terdapat dua jenis cahaya ambien yang mengakibatkan kelesuan mata iaitu penggunaan tablet dengan kontras skrin yang tinggi pada persekitaran cahaya ambien yang malap dan penggunaan tablet pada persekitaran cahaya yang tinggi sehingga menyebabkan skrin sukar untuk dilihat.

Kesan silau yang tinggi ini bukan sahaja menghalang anda melihat visual skrin malah juga menyebabkan ketegangan mata, yang berpotensi membawa kepada kehilangan penglihatan jangka panjang. Malangnya, isu-isu jangka panjang dan tersirat ini sering diabaikan.

Penyelesaian umum yang ditawarkan dipasaran adalah penggunaan skrin dengan teknologi cahaya biru yang rendah dan ciri ‘flicker-free’ namun ini dilihat tidak begitu efektif apabila dibandingkan dengan tablet HUAWEI MatePad 11.5″ PaperMatte Edition.

Apa itu PaperMatte?

Anda pasti terfikir apakah perbezaan skrin HUAWEI MatePad 11.5″ PaperMatte Edition dengan skrin paparan yang dipasang filem perlindungan skrin matte.

Bagi melindungi mata anda daripada kelesuan mata ini, tablet ini tampil dengan teknologi anti-glare etching tahap nano yang mana berbilion-bilion tekstur halus terbentuk pada permukaan skrin yang mana istilah paling mudah difahami adalah kemasan Matte.

Satu lagi kelebihan paparan Matte ini adalah pengalaman penulisan adalah jauh lebih baik berbanding pada skrin biasa kerana lapisan matte ini menjadikannya lebih sama seperti menulis di atas kertas sebenar.

Dalam pada itu, kelebihan terbesar skrin PaperMatte ini adalah kemampuanya menukar pantulan spekular yang kuat kepada pantulan meresap yang lembut untuk mengurangkan gangguan cahaya luaran pada paparan tablet ini. Ini membolehkan MatePad 11.5 PaperMatte Edition menapis 97% daripada semua gangguan cahaya pada skrin.

Seperti yang dinyatakan di atas, kebanyakkan tablet di pasaran mempunyai pensijilan anti cahaya biru dan bebas kelipan, namun HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition adalah tablet pertama dipasaran untuk menerima pensijilan TÜV Rheinland Reflection Free & TÜV Rheinland Flicker-Free , yang melayakkanya digelar sebagai tablet dengan ciri perlindungan mata terbaik di Malaysia. 

Anda boleh menggunakan tablet sebagai tablet e-pembelajaran untuk kanak-kanak atau sebagai tablet hiburan dan pembelajaran untuk remaja, menonton siri TV dan membaca bahan pada skrin untuk tempoh masa yang lama.

Nikmati pengalaman Aplikasi WPS-Office setaraf PC 

Selain itu, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition. ini menawarkan anda kebolehan penuh untuk menggunakan aplikasi berskala penuh seperti pada PC seperti WPS Office yang ditawarkan secara percuma kepada pengguna HUAWEI.

Pengguna boleh mengedit dokumen, menyiapkan pembentangan atau melakukan kiraan dengan aplikasi seperti WPS Office Document,  WPS Office Spreadsheet dan WPS Office Presentation yang menawarkan kebolehan penuh setaraf PC. Anda juga boleh menyambungkan papan kekunci dan tetikus bluetooth untuk pengalaman PC yang lebih menyeluruh.

Selain itu,  HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition ini juga dilengkapi ciri SuperHub yang menyediakan cara mudah untuk mengurus fail dan dokumen. Pengguna boleh memindahkan fail dengan mudah antara tablet dan peranti lain dengan mengalihkan fail tersebut ke platform SuperHub. Setelah dimuat naik, dokumen boleh diakses dengan mudah oleh mana-mana peranti lain yang disambungkan ke akaun yang sama. Dengan fungsi ini, ia menghapuskan kemungkinan pendua, memastikan proses pemindahan yang lancar.

Seterusnya, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition ini juga dilengkapi aplikasi HUAWEI Notes yang menawarkan keupayaan menyeluruh ketika mengambil nota. dengan menggunakan skrin, papan kekunci dan stylus M-Pencil , pelajar boleh mencatat perkara penting melalui penulisan, lukisan rajah dan juga banyak lagi. Dengan pelbagai fungsi pengambilan nota, tablet ini dijangka boleh memenuhi gaya dan pilihan yang berbeza, membolehkan pengalaman mencatat nota yang lebih interaktif dan menarik.

Aplikasi Google pun boleh guna ya!

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition juga menawarkan sokongan penuh pelbagai aplikasi berkaitan Google kegemaran anda seperti YouTube, Google Maps, Google Drive dan banyak lagi.

Dah start jual ke?

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte kini ditawarkan di Malaysia didalam warna Space Gray pada harga RM1,999 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,147 yang termasuk HUAWEI MatePad Smart Keyboard, HUAWEI M-Pencil Gen² dan HUAWEI Bluetooth Mouse.

Secara Keseluruhan, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte adalah tablet terbaik di Malaysia untuk keselesaan mata yang maksima dan kombinasi harga yang berpatutan meletakkan tablet ini sebagai pilihan ideal untuk pengguna yang mencari tablet untuk e-pembelajaran, kerja pejabat dan hiburan.

Dapatkan HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition di :

🛒 HUAWEI Experience Store: https://bit.ly/HUAWEIExperienceStoreList  

🛒 HUAWEI : https://bit.ly/PaperMatte_HWS

🛒 Shopee: https://bit.ly/PaperMatte_Shopee

🛒 Lazada: https://bit.ly/PaperMatte_Lazada




Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.