Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR mengesahkan bahawa telefon pintar flip pertama akan dilancarkan tahun ini

HONOR secara rasminya telah mengesahkan perancangan syarikat ini untuk melancarkan telefon pintar boleh lipat flip pertama jenama itu tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co Ltd, George Zhao, menyatakan dalam temu bual bersama CNBC di Mobile World Congress (MWC) 2024 bahawa peranti itu kini berada di peringkat terakhir ujian dalaman.

Langkah memperkenalkan telefon flip adalah sejajar dengan strategi HONOR untuk memasuki pasaran premium di mana ia ingin bersaing dengan pemain industri teknologi utama.

HONOR baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar foldable terbaharunya iaitu HONOR Magic V2 di MWC 2024, yang merupakan pengganti HONOR Magic Vs. HONOR juga memperkenalkan edisi khas Porsche Design eksklusif, HONOR Magic V2 RSR pada acara tersebut.

Sementara itu, Zhao turut menambah bahawa HONOR sedang membangunkan cincin pintar dan peranti ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat terhadap kesihatan.

Selain itu, Honor juga telah melancarkan Magic6 Pro untuk pasaran global dan ianya akan memasuki pasaran Malaysia didalam waktu terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.