Vivo X100 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Januari ini
vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flaship vivo X100 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Januari 2024.
Vivo X100 Series terdiri daripada dua model iaitu vivo X100 dan vivo X100 Pro yang mana varian global dijangka akan memiliki spesifikasi yang sama seperti dipasaran China.
Ini bermaksud vivo X100 dan X100 Pro akan tampil dengan skrin paparan 8T LTPO AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1260p dan kadar segar semula 1-120Hz. Panel 10-bit ini juga memiliki kecerahan maksina sehingga 3,000nits, kadar PWM 2,160Hz, sensor capjari dalam skrin dan kamera selfie 32MP.
Selain itu, kedua-dua telefon pintar ini juga dikuasakan cip Dimensity 9300, kapasiti RAM sehingga 16GB LPDDR5T dan storan dalaman sehingga 1TB jenis UFS 4.0
Beralih ke bahagian kamera, vivo X100 Pro dilengkapi tiga sensor 50MP iaitu sensor utama 1-inci IMX989, sensor telefoto yang mempunyai penarafan Zeiss APO yang mana sensor periskop ini adalah jenis ‘floating module’ yang menawarkan 4.3x zoom optik dan 100x zoom digital. Sensor ketiga adalah sensor ultrawide dengan salutan T* lens coating. X100 Pro juga dilengkapi cip pengimejan 6nm yang menyokong rakaman video 4K portrait.
Dalam pada itu, vivo X100 pula dilengkapi satu sensor utama 50MP IMX920, sensor telefoto 64MP dengan 3x zoom dan OIS serta sensor ultrawide 50MP. kesemua sensor ini mempunyai salutan T* lens coating yang mengurangkan pemantulan sebanyak 50% berbanding vivo X90 series.
Seterusnya, vivo X100 dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh bsesama pengecasan 120W manakala X100 Pro pula tampil dengan bateri 5,400mAh dengan pengecasan 100W dan pengecasan tanpa wayar 50W.
Lain-lain spesifikasi vivo X100 dan X100 Pro adalah OriginOS 4 berasaskan Android 14, penarafan IP68, IR Blaster, Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4.
Maklumat harga dan promosi bagi Vivo X100 Series ini akan diumumkan pada pelancaran rasmi di Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 3 Januari 2024.