Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm

vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm 1

vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm 2

vivo secara rasminya telah melancarkan siri telefon pintar flagship terbaharunya, vivo X500 Series di Malaysia, yang terdiri daripada tiga model iaitu vivo X500, vivo X500 Pro dan vivo X500 Pro Max. Siri ini hadir dengan peningkatan ketara dari segi kemampuan fotografi, prestasi pemprosesan serta teknologi bateri, selain meneruskan kerjasama bersama ZEISS dalam pembangunan sistem kamera.

Antara ketiga-tiga model tersebut, vivo X500 Pro dan X500 Pro Max menjadi tumpuan utama dengan sistem kamera ZEISS yang lebih canggih, cip pemprosesan 2nm MediaTek Dimensity 9600 Pro serta pelbagai ciri fotografi profesional.

vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm 3
vivo X500 Pro Max

vivo X500 Pro dan vivo X500 Pro Max

Dari segi reka bentuk, kedua-dua model tampil dengan konsep Tideline Design yang menggabungkan kemasan premium bersama bingkai aluminium gred aeroangkasa. Kedua-duanya ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Sunset Orange, Starry Gray dan Moonlit Black.

vivo X500 Pro hadir dengan skrin AMOLED ZEISS Master Color berukuran 6.36-inci beresolusi 1.5K, manakala X500 Pro Max pula menawarkan skrin lebih besar berukuran 6.85-inci dengan resolusi 2K. Kedua-dua model turut menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz, selain dilengkapi pengimbas cap jari ultrasonik terbina dalam skrin dan pensijilan ketahanan air serta habuk IP68 dan IP69.

vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm 4
vivo X500 Pro Max

Bagi kemampuan fotografi, vivo X500 Pro Max dilengkapi sistem tiga kamera ZEISS yang terdiri daripada kamera utama ZEISS TrueDynamic 50MP bersaiz 1/1.28 inci dengan aperture f/1.57 dan sokongan 3° Gimbal-Grade OIS.

Ia turut dilengkapi kamera telefoto periskop ZEISS APO 200MP dengan sensor bersaiz 1/1.4 inci, aperture f/2.67 dan jarak fokus setara 85mm, selain kamera ultrawide ZEISS 50MP. Kamera telefoto ini juga menyokong penstabilan CIPA 7.0, penjejakan subjek pada kadar 60fps serta fotografi makro dari jarak minimum 15cm.

Lebih menarik, vivo X500 Pro Max turut menyokong aksesori vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra yang menawarkan jarak fokus setara sehingga 400mm, sekali gus membolehkan pengguna merakam subjek dari jarak jauh dengan lebih jelas, khususnya ketika menghadiri konsert, acara sukan atau merakam hidupan liar.

vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm 5
vivo X500 Pro

Sementara itu, vivo X500 Pro hadir dengan kamera utama ZEISS TrueDynamic 50MP bersaiz 1/1.28 inci dengan aperture f/1.57 dan sokongan 1.5° Gimbal-Grade OIS. Ia turut dilengkapi kamera telefoto ZEISS APO 64MP dengan jarak fokus setara 85mm serta kamera ultrawide 50MP. Kedua-dua model juga menawarkan kamera hadapan 50MP untuk swafoto dan panggilan video.

vivo X500 Pro turut menyokong aksesori ZEISS Telephoto Extender Gen 2 dengan jarak fokus setara 200mm. Kedua-dua aksesori telefoto ini dijual secara berasingan.

Dari segi rakaman video, vivo X500 Pro dan X500 Pro Max menawarkan sokongan rakaman sehingga 4K 240fps, rakaman 10-bit Log serta mod video sinematik. Teknologi ZEISS TrueDynamic turut membantu mengekalkan perincian pada kawasan terang dan gelap, manakala ciri penstabilan gimbal membantu menghasilkan rakaman lebih stabil.

Beralih kepada prestasi, kedua-dua model dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro yang dibangunkan menggunakan proses fabrikasi TSMC N2P 2nm dengan seni bina CPU All-Big-Core generasi keempat.

Cip ini menawarkan peningkatan prestasi CPU single-core sehingga 17%, multi-core sebanyak 15% serta prestasi GPU sehingga 27% berbanding generasi sebelumnya. Selain itu, kecekapan tenaga turut dipertingkatkan sehingga 24%, manakala kemampuan pemprosesan AI menerusi NPU meningkat sehingga 100% bagi operasi INT4.

Dari segi memori, vivo X500 Pro dan X500 Pro Max hadir dengan RAM 12GB, dengan pilihan storan sehingga 512GB bagi X500 Pro dan sehingga 1TB bagi X500 Pro Max. Kedua-dua model menjalankan sistem operasi OriginOS 7 berasaskan Android 17 yang menawarkan pelbagai ciri AI, fungsi multitasking serta pengalaman penggunaan lebih lancar.

Antara ciri yang ditawarkan menerusi OriginOS 7 termasuk Origin Workbench untuk pengurusan tugasan, Origin Smooth Engine bagi mengoptimumkan kelancaran sistem serta sokongan sambungan antara peranti melalui vivo Office Kit.

Dari segi bateri, vivo X500 Pro Max hadir dengan bateri BlueVolt berkapasiti 7,800mAh, manakala vivo X500 Pro dilengkapi bateri 6,510mAh. Kedua-dua model turut menyokong pengecasan pantas berwayar 90W FlashCharge dan pengecasan tanpa wayar 40W FlashCharge.

vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm 6
vivo X500

vivo X500

Selain dua model premium tersebut, vivo turut memperkenalkan vivo X500 sebagai model asas dalam siri ini. Telefon pintar ini hadir dengan skrin AMOLED ZEISS Master Color berukuran 6.59-inci dengan resolusi 1.5K (2750 × 1260 piksel), kadar segar semula sehingga 144Hz serta kecerahan puncak sehingga 4,000 nit.

Dari segi prestasi, vivo X500 dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600M berasaskan teknologi fabrikasi 3nm, dipadankan dengan RAM LPDDR5X Ultra dan storan UFS 4.1. Model ini disenaraikan dengan RAM 12GB serta pilihan storan 256GB, 512GB dan 1TB, tertakluk kepada konfigurasi yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm 7

Bagi kemampuan fotografi, vivo X500 dilengkapi sistem tiga kamera ZEISS yang terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor bersaiz 1/1.28 inci dan sokongan OIS, kamera telefoto periskop ZEISS APO 64MP dengan zum optik sekitar 3x serta kamera ultrawide 50MP. Kamera hadapannya pula menggunakan sensor 50MP untuk swafoto dan panggilan video.

Walaupun merupakan model asas, vivo X500 masih menawarkan kemampuan rakaman video sehingga resolusi 8K, rakaman 4K 120fps serta sokongan 10-bit Log. Ia juga serasi dengan aksesori ZEISS Telephoto Extender Gen 2 yang menawarkan jarak fokus setara 200mm.

Melengkapkan spesifikasinya ialah bateri BlueVolt berkapasiti 7,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 90W dan pengecasan tanpa wayar 40W. vivo X500 turut hadir dengan pensijilan IP68 dan IP69 untuk ketahanan terhadap air dan habuk, selain pengimbas cap jari ultrasonik terbina dalam skrin.

Seperti dua model premium yang lain, vivo X500 turut menjalankan sistem operasi OriginOS 7 berasaskan Android 17, sekali gus menawarkan pengalaman penggunaan flagship dengan pelbagai fungsi AI serta sokongan produktiviti.

Harga Dan Ketersediaan Di Malaysia

vivo X500 Series akan ditawarkan di Malaysia pada harga yang bermula daripada RM4,699.

vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm 8

vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm 9 vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm 10

Harga rasmi vivo X500 Series di Malaysia:

  • vivo X500 – RM 4,699
  • vivo X500 Pro – RM 5,699
  • vivo X500 Pro Max – RM 6,099

vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm 11

Pelanggan terawal boleh membuat prapesanan sekarang dan menikmati Tawaran Early Bird sehingga 2 November 2026, dengan ganjaran eksklusif bernilai lebih RM4,700. Pelanggan juga berpeluang memenangi tiket konsert Jelajah Dunia “Carnival II” Jay Chou 2027 menerusi cabutan bertuah, selain menikmati rebat eksklusif antara RM300 hingga RM1,000 untuk model terpilih.

Pelanggan turut boleh menikmati hadiah percuma bernilai RM598, termasuk AI Face Tracking Selfie Tripod, Magnetic Wireless Microphone dan vivo Buds Pro. Manfaat tambahan vivo Care merangkumi waranti selama dua tahun serta waranti antarabangsa selama satu tahun dengan perlindungan lensa, memberikan ketenangan kepada pengguna.

Selain itu, pelanggan boleh menikmati penjimatan tambahan menerusi pelbagai tawaran promosi, termasuk diskaun RM150 melalui SPayLater dengan perbelanjaan minimum RM1,500, diskaun RM120 melalui Atome dengan perbelanjaan minimum RM1,000, rebat ansuran bank sebanyak RM100 serta rebat tukar beli sebanyak RM300 untuk peranti yang layak. Pelanggan juga boleh menikmati diskaun eksklusif sehingga RM200 bagi pembelian produk Internet of Things (IoT) menerusi tawaran purchase-with-purchase (PWP), serta akses Google AI Pro selama tiga bulan dengan storan awan 5TB bernilai RM293.97, tertakluk pada terma dan syarat.

vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm 12 vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm 13 vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm 14 vivo X500 Series Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 200MP & Dimensity 9600 Pro 2nm 15

Bagi melengkapkan pengalaman penggunaan vivo X500 Series, pelanggan juga boleh mendapatkan aksesori tambahan seperti Power Bank 10,000mAh 33W pada harga RM129, vivo Headphones pada harga RM599, vivo Buds Clip pada harga RM799 dan vivo Buds Ultra pada harga RM999. Pengguna sedia ada vivo turut boleh menikmati diskaun tambahan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.