Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (2a) mungkin dilancarkan di MWC 2024 – spesifikasi telah didedahkan

Selepas melancarkan dua telefon pintar kelas entry-level flagship, Nothing dilaporkan sedang bersiap sedia untuk melancarkan telefon pintar midrange pertama mereka iaitu Nothing Phone (2a) yang ianya mungkin menjadi rasmi di MWC 2024 tidak lama lagi.

Selain maklumat pelancaran, laporan terbaru daripada Smartprix juga telah mendedahkan spesifikasi telefon pintar ini dimana ianya akan hadir dengan skrin paparan AMOLED 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz yang dibekalkan oleh BOE dan Visionox serta cipset Dimensity 7200.

Dalam pada itu, Nothing Phone (2a) juga memiliki sensor utama 50MP Samsung S5KNG9 1/1.5″ dan sensor ultrawide 50MP Samsung S5KJN1 1/2.76″ manakala kamera selfie adalah sensor 32MP Sony IMX615. Smartprix untuk telah berkongsi beberapa wallpaper rasmi Nothing Phone (2a).

Seterusnya, Nothing Phone (2a) dijangka akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Black dan White dengan pelancaran yang meluas disemua pasaran utama dunia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.