Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

nubia Z60 Ultra akan tiba di Malaysia pada 25 Disember ini – serendah RM 2,899 sahaja

nubia Z60 Ultra Malaysia

selang beberapa hari selepas pelancaran secara rasmi, nubia telah mengumumkan bahawa nubia Z60 Ultra akan ditawarkan di Malaysia mulai 25 Disember ini pada harga promosi serendah dari RM 2,899 sahaja

nubia Z60 Ultra tampil dengan sistem kamera berkuasa tinggi dan buat pertama kali membawakan penarafan kalis air dan habuk IP68.

nubia Z60 Ultra menampilkan rekaan yang premium dimana ianya memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci pada bahagian hadapan dan panel ini juga menawarkan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksima 1,500nits.

Selain itu, nubia Z60 Ultra juga memiliki kamera UDC dibawah skrin iaitu beresolusi 12MP dan sensor ini juga memiliki cip dan enjin AI deep-sensing.

Beralih kepada cipset, nubia Z60 menjadi satu lagi peranti yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama LPDDR5X RAM dan storan UFS 4.0 serta plat haba gred aeroangkasa dan ruang wap besar dengan gentian nanokarbon superkonduktor.

Beralih kepada kamera, nubia Z60 Ultra memiliki sensor utama 35mm f/1.6 50MP IMX800 yang memiliki OIS, sensor ultrawide  18mm f/1.8 50MP dengan pemfokusan auto dan tiga tahap OIS. Sensor zoom adalah sensor 85mm OmniVision OV64B 64MP yang juga memiliki OIS.

Seterusnya, nubia Z60 Ultra juga memiliki bateri 6,000mAh dengan pengecasan 80W dan antaramuka nubia MyOS yang berasaskan Android 14.

nubia Z60 Ultra akan ditawarkan di Malaysia didalam dua warna iaitu Black dan Silver didalam varian  12/256GB  dan 16GB/512GB masing- masing pada harga 3,499 dan RM 4,299 namun akan ditawarkan pada harga promosi RM 2,899 dan RM 3,499 dari 25 Disember sehingga 24 Januari 2024 di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.