Kredit eMADANI RM 100 kini sedia di tebus – sah sehingga 29 Februari 2024
Kredit eMADANI yang menawarkan RM 100 kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang dari RM 100,000 setahun kini telah dibuka untuk penebusan dari 4 Disember sehingga 24 Februari 2024 ( mesti diguna sebelum 29 Februari 2024).
kredit eMADANI boleh dilakukan melalui empat platform eWallet iaitu MAE, Setel, TNG eWallet dan ShopeePay mulai hari ini dan kredit bernilai RM 100 ini hanya boleh digunakan untuk pembelian fizikal di lebih 1.8 juta peruncit seluruh negara.
Program eMADANI ini dijangka akan memanfaatkan 10 juta rakyat yang meliputi golongan B40 dan M40 dengan peruntukan RM 1 bilion.
Kementerian Kewangan (MOF) juga menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan ‘peer-to-peer kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus kehilangan kredit MADANI mereka.