Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pembayaran tanpa tunai diterima disemua klinik dah hospital kendalian KKM bermula 1 Oktober

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan semua klinik dan hospital dibawah kendalianya akan mula menerima transaksi pembayaran tanpa tunai bermula 1 Oktober 2022.

Pembayaran tanpa tunai di hospital dan klinik boleh dibuat melalui kad debit, kad kredit dan eWallet namun pelanggan masih boleh membuat pembayaran secara tunai jika tiada akses kepada mana-mana pembayaran tanpa tunai di atas.

Tujuan utama KKM beralih kepada transaksi tanpa tunai adalah untuk mengurangkan risiko ketirisan dana awam, memudahkan proses pembayaran, mengurangkan pendedahan kepada Covid-19, dan mengurangkan kos dalam proses kutipan hasil.

KKM juga menyasarkan bahawa 95% klinik dan hospital kendalian mereka akan menawarkan sistem pembayaran tanpa tunai menjelang penghujung tahun ini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.