Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Program ePemula – e-tunai bernilai RM 150 untuk belia akan ditawarkan melalui 4 penyedia e-dompet

Program ePemula - e-tunai bernilai RM 150 untuk belia akan ditawarkan melalui 4 penyedia e-dompet 3
Seperti yang diumumkan pada pembentangan belanjawan 2022, golongan belia berusia dari 18 hingga 20 tahun akan menerima e-tunai bernilai RM 150 secara one-off pada pertengahan bulan April 2022.

Program ePemula ini akan memanfaatkan sekitar dua juta golongan belia dan belia yang layak akan menerima kredit e-tunai sebanyak RM 150 melalui aplikasi e-dompet yang dipilih iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Walaupun telah disahkan akan dimulakan pada pertengahan bulan April 2022, masih belum ada sebarang maklumat bila pendaftaran bagi program ePemula akan dibuka. Selain itu, kesemua platform e-dompet ini juga dijangka akan memberikan ganjaran tambahan untuk menggalakan penebusan e-kredit ini platfrom masing-masing.

Program ePemula ini mempunyai peruntukan sebanyak RM 300 juta.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.