Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer Riba Gaming Acer Nitro V 15 kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 3,099

Acer Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan  komputer riba permainan Acer Nitro V 15 baharu yang direka untuk meningkatkan pengalamam gaming  pengguna pada harga yang lebih berpatutan.

Di samping itu, Acer juga telah memperkenalkan beberapa model beg galas dan bagasi baharu, menggabungkan gaya dan fungsi dengan lancar untuk peminat teknologi semasa dalam perjalanan.

Nitro V 15 ini menampilkan rekaan reputasi siri Nitro Acer untuk memberikan nilai terbaik untuk wang, Acer Nitro V 15 dikuasakan dengan cip Intel Core i5 generasi ke-13 dan ianya juga memiliki kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4050 atau RTX 2050 untuk membolehkan pengembaraan permainan yang lancar untuk pemain kasual.

Selain itu, Nitro V 15 juga berdiri sebagai bukti prestasi maksimum dan kehebatan permainan, memberikan sehingga 30% lebih FPS berbanding model lain yang serupa dengan Max Graphics Power (MGP) yang lebih rendah.

Seterusnya, komputer riba gaming ini tampil dengan paparan IPS FHD 144Hz 15.6-inci, sehingga 512GB storan SSD dan 8GB RAM DDR5 5600Hz yang boleh ditingkatkan sehingga 32GB sekiranya pemain ingin berbuat demikian pada masa hadapan.

Acer Nitro V 15 dijual dari RM3,099 dan kini boleh didapati di semua kedai konsep Acer di seluruh negara

bersama jaminan 2 tahun. Pelanggan yang membeli Acer Nitro V 15 sebelum 31 Disember 2023 akan turut menerima hadiah bernilai sehingga RM637, termasuk Beg Nitro Urban Gaming, langganan Trend Micro Internet Security 3 tahun, Logitech G Wireless Gaming Mouse dan kredit Touch ‘n Go eWallet.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi ganjaran tambahan bernilai sehingga RM50,000 dalam Giveaway Percutian dengan menyertai kuiz melalui www.a-redemption.com.

Bagasi dan Beg galas Acer 

Acer Malaysia juga telah memperkenalkan bag bagasj Predator Robust Luggage yang mewarisi . Ia dilengkapi dengan kunci kata laluan kastam TSA untuk memastikan pelepasan selamat namun pantas.

Sementara itu, siri bagasi Acer Melbourne menetapkan standard baharu untuk perjalanan dengan bahan berkualiti tinggi dan reka bentuk strategiknya.

Terdapat juga Beg galas Acer Austin yang minimalis untuk golongan profesional perniagaan, beg galas ini menampilkan reka bentuk ergonomik yang luar biasa untuk mengurangkan ketegangan bahu dan belakang semasa perjalanan.

Kesemua beg galas dan bagasi ini kini boleh didapati di stor konsep Acer di seluruh negara, bagasi Predator Robust 22-inci akan ditawarkan pada harga RM1,999, manakala siri Acer Melbourne akan ditawarkan pada harga RM999 bagi varian 20-inci dan RM1,099 bagi varian 24-inci . Acer Austin Backpack pula akan dijual  pada harga RM369.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.