Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI jadualkan pelancaran produk inovatif pada 12 Disember ini

HUAWEI MatePad 13.2

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan pelancaran produk baharu pada 12 Disember ini dan ianya adalah pelancaran global yang akan berlangsung di Dubai.

Pelancaran “Innovative Product Launch” HUAWEI ini nampaknya akan menyaksikan syarikat ini memperkenalkan sebuah tablet premium dan sebuah aksesori misteri yang kelihatan seperti sepasang earphone.

Selain itu, tablet yang diperkatan ini mungkin adalah tablet HUAWEI MatePad Pro 13.2 yang dilancarkan dipasaran China pada bulan September yang lalu dan ianya kelihatan tampil dengan paparan yang mempunyai saiz bezel yang sangat nipis.

Maklumat lanjut mengenai pelancaran produk baharu HUAWEI ini akan kita ketahui didalam masa 8 hari sahaja lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.