Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic6 Pro dilaporkan akan memiliki sensor periskop zoom 160MP

Honor Magic6 Pro dilaporkan akan memiliki sensor periskop zoom 160MP 1

Honor Magic6 Pro dilaporkan akan memiliki sensor periskop zoom 160MP 2

Honor Magic6 Pro dilaporkan akan menggunakan sensor periskop zoom yang memiliki resolusi 160MP. Perkara ini telah didedahkan oleh Digital Chat Station melalui akaun Weibo.

Selain itu, Magic6 Pro juga akan menggunakan sensor utama OV50K yang merupakan sensor 1/1.3-inci yang memberikan pengguna kebolehan pengimejan lebih baik dengan teknologi LOFIC iaitu lateral overflow integration capacitor-based CMOS yang sama seperti pada Xperia 1 V dan OnePlus Open.

Seterusnya, Honor Magic6 Pro dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi dipasaran China manakala pelancaran global mungkin pada awal tahun hadapan.

Tidak banyak maklumat mengenai telefon pintar ini diketahui melainkan ianya akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan AI Smart.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.