Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spesifikasi HUAWEI nova 12 Series tertiris – guna cipset Kirin terbaru

Pada bulan November tahun lalu, HUAWEI mengesahkan bahawa tiada perancangan untuk melancarkan cipset Kirin pada tahun 2023 namun laporan ini nampaknya tidak benar kerana HUAWEI telah pun memperkenalkan Mate 60 Series dengan cipset Kirin 9000s dan kini terdapat laporan bahawa Kirin 8 Series pula akan dilancarkan sebelum tahun 2023 melabuhkan tirai.

cipset terbaru ini akan dikenali sebagai Kirin 830 dan menurut leakster ianya akan dilancarkan bersama nova 12 Series tidak lama lagi.

nova 12 Series akan terdiri daripada dua model dimana nova 12 akan menggunakan cipset Kirin 830 manakala Kirin 9000s akan digunakan pada nova 12 Pro. nova 12 juga akan memiliki 3 kamera dibelakang, kamera selfie 60MP dan pengecasan pantas 80W.

Dalam pada itu, prestasi Kirin 830 ini dilaporkan adalah setaraf dengan cip Snapdragon 778G atau Snapdragon 870 namun persoalan yang timbul adalah bagaimana HUAWEI berjaya mengeluarkan cipset 5G tanpa kerjasama pengeluar cipset yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.