Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

jualan telefon pintar realme kini melepasi angka 200 juta unit

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa ianya telah berjaya menjual 200 juta unit telefon pintar didalam 5 tahun selepas penubuhanya.

Pengembaraan realme bermula pada Mei 2018 melalui telefon pintar realme 1 dan kini ianya telah melepasi satu pencapaian yang luar biasa. secara purata realme telah berjaya menjual 40 juta unit telefon pintar setahun.

Walaupun tidak mendedahkan pecahan jualan telefon pintar realme ini mengikut siri, boleh kita simpulkan bahawa realme number series adalah penyumbang terbesar kepada rekod ini.

Dalam pada itu, realme juga bakal melancarkan realme GT 5 Pro pada 7 Disember ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.