Xiaomi HyperOS akan dilancarkan secara rasmi bersama Xiaomi 14 Series
Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan sistem operask terbaru mereka iaitu HyperOS.
Sistem pengendalian baharu akan membuat penampilan rasmi pada Xiaomi 14 Series dan akan menjadi evolusi semula jadi MIUI. Xiaomi 14 Series ini dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun ini di pasaran China, manakala pelancaran global akan berlangsung pada awal 2024.
HyperOS masih merupakan Android Open Source Project tetapi akan digabungkan dengan Vela, platform Xiaomi untuk IoT.
Persediaan untuk Xiaomi HyperOS bermula pada 2014 apabila dunia IoT mula berkembang. Syarikat itu menetapkan langkah pertamanya pada 2017 dan kemudian mula membangunkan ekosistem baharu untuk peranti dan aplikasi. Matlamatnya adalah untuk menyambungkan “berpuluh bilion peranti” pada masa hadapan, dan langkah pertama akan bermula siri Xiaomi 14.