Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find N3 dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan sistem kamera Hasselblad – RM 7,999

Oppo Find N3 Flip Malaysia

Oppo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar foldable terbaru mereka iaitu Oppo Find N3 

Oppo Find N3  memiliki skrin paparan luaran dengan nisbah 18:9 manakala skrin paparan dalam pula mempunyai nisbah 18:4:9.

Ini bermaksud Oppo Find N3 mempunyai skrin paparan luaran berukuran 6.31-inci OLED yang mempunyai kecerahan maksima 2,800nits manakala skrin paparan dalam adalah berukuran 7.8-inci LTPO OLED. 

Tumpuan utama pada sesebuah telefon pintar foldable adalah engsel yang dimilikinya adalah Oppo Find N mempunyai engsel  yang dikenali sebagai Flexion Hinge generasi ketiga memberikan lipatan berbentuk teardrop apabila ditutup tanpa sebarang ruang. Ianya juga memastikan lekukan adalah paling kurang ketara berbanding mana-mana peranti foldable.

Skrin paparan utama adalah panel LTPO AMOLED yang mempunyai kadar segar semula 1Hz-120Hz dengan kecerahan sehingga 2,800 nits yang turut dilapisi Flexion Ultra Thin Glass manakala panel skrin luaran adalah panel AMOLED 10Hz-120Hz yang dilapisi gelas nanokristal .

Beralih kepada cipset, Oppo Find N3 hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen , 16GB RAM LPDDR5X dan 512GB storan dalaman jenis UFS 4.0.

Kepada kamera pula, Oppo Find N mempunyai 5 sensor kamera iaitu 3 sensor Hasselblad dibelakang yang terdiri daripada sensor utama 48MP (OIS) , sensor ultrawide 48MP dan sensor periskop telefoto 64MP (Prism OIS) . 2 lagi sensor adalah pada setiap skrin untuk tujuan selfie (32MP pada cover screen dan  20MP pada skrin utama).

Oppo Find N3 juga dilengkapi bateri berkapasiti 4,805mAh yang disertakan pengecasan pantas 67W SUPERVOOC Flash Charge yang mampu memenuhi peranti didalam masa 42 minit. Pengecasan tanpa wayar 15W AIRVOOC dan 10W reverse wireless charging juga disertakan.

Oppo Find N3 akan ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga RM 7,999.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.