Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 60 Pro+ kini rasmi dengan sistem kamera XMAGE lebih baik bersama cip Kirin 9000s

HUAWEI Mate 60 Pro+

HUAWEI Mate 60 Pro+

Susulan pelancaran HUAWEI Mate 60 dan HUAWEI Mate 60 Pro, HUAWEI telah memperkenalkan Mate 60 Pro+ yang mempunyai banyak persamaan dengan Mate 60 Pro.

Seperti pada dua model Mate 60 Series yang dilancarkan sebelum ini, HUAWEI masih berahsia tentang cipset yang digunakan namun ianya dijangka adalah cip 7nm Kirin 9000s yang turut dikatakan menawarkan sokongan 5G. Ianya turut memiliki 16GB RAM dengan dua pilihan storan dalaman iaitu 512GB atau 1TB dan terdapat sokongan kad NM.

HUAWEI Mate 60 Pro+ kini rasmi dengan sistem kamera XMAGE lebih baik bersama cip Kirin 9000s 1

HUAWEI Mate 60 Pro+ tampil dengan paparan 10-bit LTPO OLED screen berukuran 6.82-inci dengan resolusi 2720 x 1260, kadar segar semula 120Hz dan lapisan gelas keselamatan Kunlun Glass generasi ke-2 serta penarafan IP68. Ianya juga memiliki tiga lubang punch hole yang menempatkan kamera selfie 13MP dan sensor 3D ToF serta laser untuk Face ID.

HUAWEI Mate 60 Pro+ kini rasmi dengan sistem kamera XMAGE lebih baik bersama cip Kirin 9000s 2

Pada bahagian kamera, Mate 60 Pro+ tampil dengan sistem kamera XMAGE yang terdiri daripada satu  sensor utama 50MP yang mempunyai OIS dan PDAF bersama aperture fizikal f/1.4-f/4.0, sensor ultrawide 40MP dan sensor telefoto 48MP f/3.0 juga dengan OIS.

Seterusnya, Mate 60 Pro+ juga memiliki kapasiti bateri yang sama seperti Mate 60 iaitu bateri 5,000mAh dengan pengecasan berwayar 88W, pengecasan tanpa wayar 50W dan pengecasan berbalik 20W.

HUAWEI Mate 60 Pro+ kini rasmi dengan sistem kamera XMAGE lebih baik bersama cip Kirin 9000s 3

Lain-lain ciri yang dimiliki Mate 60 Pro+ adalah Wi-Fi 6 (ax), Bluetooth 5.2, NFC, IR Blaster dan sokongan permesejan satelite dua hala BeiDou dan panggilan suara melalui satelite Tiantong.

HUAWEI Mate 60 Pro+ akan ditawarkan mulai bulan Oktober pada harga sekitar CNY 9,000

HUAWEI Mate 60 Pro kini dilancarkan secara rasmi dengan cipset Kirin 9000S

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.