Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Acer Swift Edge 16 dan Desktop Aspire S Series All-in-One (AIO) kini rasmi di Malaysia

Acer Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan komputer riba baharu Acer Swift Edge 16 yang nipis dan ringan serta desktop Aspire S Series All-in-One (AIO). Peranti ini memenuhi keperluan keluarga, pelajar dan profesional, menawarkan reka bentuk minimalis yang sesuai dengan gaya mereka, sama ada semasa bergerak atau dalam keselesaan rumah.

Komputer Riba Acer Swift Edge 16 tampil dengan casis aloi magnesium yang berukuran 12.95 mm dengan berat hanya 1.17 kg, Acer Swift Edge 16 baharu adalah ultra nipis, ultra ringan dan sangat menarik perhatian. Ia memancarkan keyakinan dengan kemasan Flax White yang unik.

Acer Swift Edge 16 boleh didapati dalam dua varian yang dikuasakan  pemproses AMD RyzenTM 7 7735U atau AMD RyzenTM 5 7535U, RAM jenis LPDDR5 16 GB dan storan SSD PCIe Gen 4 sehingga 1 TB membolehkan pemindahan data pantas.

Selain itu, ia menggabungkan Microsoft Pluton pada tahap perkakasan untuk keselamatan dan prestasi yang dipertingkatkan.

Acer Swift Edge 16 memiliki paparan OLED 3.2K berukuran 16-inci yang menawarkan pengalaman menonton gred pawagam dengan kadar penyegaran pantas 120Hz, sokongan gamut warna 100% DCI-P3 dan 0.2 ms masa tindak balas.

Melengkapkan ciri-ciri ini ialah nisbah kontras 1,000,000:1 yang luar biasa, kecerahan maksima 500 nits dan pensijilan VESA DisplayHDRTM True Black 500 untuk memberikan warna kontras tinggi yang tepat untuk pengalaman visual yang benar-benar menawan.

Selain itu, paparan ini juga telah menerima penarafan TÜV Rheinland Eyesafe untuk mengurangkan pendedahan cahaya biru dan meningkatkan keselesaan pengguna semasa sesi penggunaan yang panjang.

Acer Swift Edge 16 kini ditawarkan pada harga dari RM3,999. 30 pelanggan pertama yang membeli Acer Swift Edge 16 baharu sebelum 30 September 2023 juga layak menerima hadiah bernilai sehingga RM948 yang termasuk Porsche Wireless Mouse, Austin Backpack dan kredit Touch ‘n Go eWallet. Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah bulanan Acer Day dengan hadiah bernilai sehingga RM100,000 melalui www.a-redemption.com.

Desktop Acer Aspire S Series All-in-One (AIO)

Desktop ini direka  untuk menyokong keperluan pengkomputeran dan hiburan harian keluarga, desktop AIO Acer Aspire S Series yang minimalis menawarkan ruang kerja kontemporari kepada pengguna dalam keselesaan rumah mereka.

Acer Aspire S Series didatangkan dalam dua varian, versi 31.5 inci dengan pemproses Intel Core i7 Generasi ke-13 dan model 27 inci yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5 Generasi ke-12. Desktop AIO ini juga menampilkan casis aluminium yang direka dengan elegan dan paparan boleh dicondongkan ergonomik yang direka dengan teliti, memastikan pengalaman tontonan yang optimum.

Panel WQHD borderleas Acer Aspire S Series menawarkan visual yang menakjubkan pada skrin yang luas, manakala dwi pembesar suara menyampaikan audio yang mengasyikkan dengan teknologi bunyi  DTS. Untuk panggilan video dan penciptaan kandungan yang dipertingkatkan, kedua-dua AIO dilengkapi dengan kamera web yang dipasang secara magnetik.Acer Aspire S27 menawarkan kamera web FHD 1080p manakala Aspire S32 mempunyai kamera web QHD 1440p disertai dengan lampu flash.

Desktop Acer Aspire S Series AIO kini ditawarkan pada harga dari RM 3,899. Sempena kempen Acer Day, pelanggan yang membeli desktop Acer Aspire S Series AIO sebelum 30 September 2023 akan layak untuk menebus kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai sehingga RM250 dan berpeluang memenangi hadiah bulanan dengan kumpulan hadiah. bernilai sehingga RM100,000 melalui www.a-redemption.com.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.