Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 60 Pro kini dilancarkan secara rasmi dengan cipset Kirin 9000S

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu HUAWEI Mate 60 Pro tanpa sebarang pengumuman awal mahupun majlis pelancaran.

Sedar tidak sedar, HUAWEI Mate 60 Pro hadir dengan cip 5nm Kirin 9000S dengan kelajuan 3.12GHz bersama 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

HUAWEI Mate 60 Pro tampil dengan paparan 10-bit LTPO OLED screen berukuran 6.82-inci dengan resolusi 2720 x 1260, kadar segar semula 120Hz dan lapisan gelas keselamatan Kunlun Glass generasi ke-2. Ianya juga memiliki tiga lubang punch hole yang menempatkan kamera selfie 13MP dan sensor 3D ToF serta laser untuk Face ID.

Pada bahagian kamera, Mate 60 Pro tampil dengan sistem kamera XMAGE yang terdiri daripada satu  sensor utama 50MP yang mempunyai OIS dan PDAF bersama aperture fizikal f/1.4-f/4.0, sensor ultrawide 12MP f/2.2 dan sensor telefoto 48MP f/3.0 juga dengan OIS.

Seterusnya, Mate 60 Pro juga membawakan sistem komunikasi satellite yang membolehkan pengguna berhubung melalui mesej dua hala. Ianya juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan berwayar 88W, pengecasan tanpa wayar 50W dan pengecasan berbalik 20W.

Lebih-lebih lagi , Mate 60 Pro ini juga tampil dengan sistem operasi HarmonyOS 4.0 dan ianya ditawarkan didalam kemasan dual-tone yang diperbuat daripada gelas atau faux leather mengikut warna.

Terdapat persoalan samada HUAWEI Mate 60 Pro ini membawakan sokongan 5G namun masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada HUAWEI.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.