realme 11 5G kini rasmi dengan cip Dimensity 6100+ dan sensor utama 108MP
realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru realme Number Series iaitu realme 11 5G yang akan turut dilancarkan di Malaysia pada 30 Ogos ini.
realme 11 5G tampil dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+ bersama kadar segar semula 120Hz. Ianya turut dijana cip Dimensity 6100+, 8GB RAM dan storan 128GB/256GB serta sokongan slot MicroSD.
Pada bahagian belakang, realme 11 5G menampilkan penggunaan sensor utama 108MP ISOCELL HM6 bersama sensor potret 2MP. Ianya juga memiliki kamera selfie 16MP dan sensor capjari pada bahagian sisi.
Seterusnya, telefon pintar ini dikuasakan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W SUPERVOOC , realme UI 4.0 berasaskan Android 13 dan bicu audio 3.5mm.
realme 11 5G kini ditawarkan didalam dua warna iaitu Glory Black dan Glory Gold pada harga dari INR 18,999 (RM 1,071).