Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 11x 5G kini rasmi dengan cip Dimensity 6100+ dan sensor utama 64MP

realme 11x 5G Malaysia

Selain realme 11 5G, realme juga  telah melancarkan telefon pintar realme 11x 5G yang tampil dengan rekaan dan spesifikasi hampir sama.

realme 11x 5G tampil dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+ bersama kadar segar semula 120Hz. Ianya turut dijana cip Dimensity 6100+, 6GB/8GB RAM dan storan 128GB serta sokongan slot MicroSD.

Pada bahagian belakang, realme 11x 5G menampilkan penggunaan sensor utama 64MP bersama sensor potret 2MP. Ianya juga memiliki kamera selfie 8MP dan sensor capjari pada bahagian sisi.

Seterusnya, telefon pintar ini dikuasakan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC, realme UI 4.0 berasaskan Android 13 dan bicu audio 3.5mm.

realme 11x 5G kini ditawarkan didalam dua warna iaitu Midnight Black dan Purple Dawn pada harga dari INR 13,999 (RM 799).

realme 11x 5G mungkin akan turut dilancarkan di Malaysia pada 30 Ogos ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.