Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony umum PlayStation Portal pada harga $199.99 – main game PS5 anda dimana sahaja

Sony secara rasminya telah memperkenalkan konsol permainan mudah alih mereka yang dikenali sebagai PlayStation Portal.

Sony PlayStation Portal Malaysia

PlayStation Portal membolehkan anda bermain permainan video PS5 anda melalui kaedah ‘ PS Remote Play’ dengan syarat anda mempunyai sambungan Wi-Fi pada kelajuan 5Mbps atau sekurang-kurangnya 15Mbps untuk pengalaman gaming yang lebih baik.

Selain itu , anda hanya boleh bermain permainan video yang disokong yang telah dimuat turun pada konsol PS5 anda dan ianya juga tidak menyokong penstriman PlayStation Plus Premium.

Dari segi spesifikasi, PlayStation Portal memiliki paparan LCD berukuran 8-inci dengan resolusi 1080P pada kadar 60Hz dan ianya mempunyai alat kawalan yang sama seperti PS5 DualSense. Ianya juga memiliki USB-C, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara pada bahagian atas.

Seterusnya, PS Portal ini tidak mempunyai sambungan Bluetooth dan bergantung sepenuhya pada sambungan Wi-Fi dan PlayStation Link yang merupakan penyelesaian eksklusif Sony untuk menawarkan pengguna audio lossless latensi rendah.

Selain PS Portal, Sony juga melancarkan Pulse Explore wireless earbuds pad harga $199.99 (RM 930) dan Pulse Elite headset pada harga $149.99 (RM 698)

Dalam pada itu, PlayStation Portal akan ditawarkan pada harga $199.99 (RM 930) dengan pelancaran lewat tahun ini dan lebih banyak maklumat akan dikongsikan tidak lama lagi .

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.