Spesifikasi Infinix Zero 30 5G telah didedahkan – mula dijual pada 2 September
Infinix dilihat semakin agresif didalam pelancaran telefon pintar mereka dan terbaru syarikat dilihat bakal melancarkan Infinix Zero 30 5G pada awal bulan hadapan.
Infinix Zero 30 5G akan dilancarkan dipasaran India terlebih dahulu dimana pra-tempahan akan dibuka bermula 2 September dan laman promosi telefon pintar ini juga telah mendedahkan beberapa spesifikasi utama telefon pintar ini.
Infinix Zero 30 5G akan tampil dengan paparan curved AMOLED berukuran 6.78-inci (10-bit) dengan kecerahan maksima 950bits, kadar segar semula 144Hz, 100% liputan DCI-P3 dan 2,160 PWM dimming. Panel skrin ini juga akan dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass 5.
Selain itu, Zero 30 5G juga akan dilengkapi sensor kamera selfie 50MP dengan sokongan rakaman video 5K 60fps, sensor utama dengan OIS, 12GB RAM, 256GB storan dalaman dan penarafan IP53.
Seterusnya, Infinix Zero 30 5G juga telah disahkan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Rome Green (kulit vegan) dan Golden Hour.