Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K60 Ultra disahkan akan menerima 4 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa Redmi K60 Ultra akan tampil dengan kemaskini Android yang terbaik dipasaran iaitu menyamai apa yang ditawarkan oleh Samsung bagi peranti Galaxy.

Ini bermaksud Redmi K60 Ultra akan menerima 4

kemaskini utama Android bersama 5 tahun kemaskini keselamatan berkala selain menjadi telefon pintar pertama dengan sistem operasi MIUI.

Pengesahan ini telah diberikan melalui akaun Weibo Redmi namun Xiaomi tidak mengesahkan jumlah kemaksini MIUI yang akan diterima telefon pintar ini.

Redmi K60 Ultra dijangka akan dilancarkan untuk pasaran global sebagai Xiaomi 13T Pro dengan sistem kamera yang lebih baik namun masih mengekalkan spesifikasi yang lain seperti skrin paparan AMOLED 144Hz berukuran 6.67-inci, cip Dimensity 9200+ dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.