Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo K11 kini rasmi dengan cip Snapdragon 782G – harga sekitar RM 1,213

Oppo K11 kini rasmi dengan cip Snapdragon 782G - harga sekitar RM 1,213 1

Oppo K11 kini rasmi dengan cip Snapdragon 782G - harga sekitar RM 1,213 2

Oppo secara rasminya telah memperkenalkan Oppo K11 yang merupakan model terbaru didalam Oppo K Series untuk pasaran China.

Oppo K11 kini rasmi dengan cip Snapdragon 782G - harga sekitar RM 1,213 3

Telefon pintar ini tampil dengan skrin paparan OLED FHD+ berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz, sensor capjari terbina dalam skrin dan kamera selfie 16MP. Ianya dijana cip Snapdragon 782G, sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Oppo K11 kini rasmi dengan cip Snapdragon 782G - harga sekitar RM 1,213 4

Ke bahagian kamera, K11 ini memiliki sensor utama 50MP IMX890 dengan OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Oppo K11 kini rasmi dengan cip Snapdragon 782G - harga sekitar RM 1,213 5

Selain itu, Oppo K11 juga memiliki pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, ColorOS 13.1 yang berasaskan Android 13, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 100W SuperVOOC.

Oppo K11 ditawarkan didalam dua warna iaitu Moon Shadow Gray dan Glacier Blue pada harga yang bermula dari CNY 1,899 (RM 1,213). Maklumat jualan antarabangsa masih belum dipastikan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.