Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch Fit Special Edition akan ditawarkan di Malaysia mulai 1 Ogos ini

HUAWEI Watch Fit Special Edition adalah jam kecergasan yang menawarkan sokongan bagi 100+ jenis mod kecergasan yang termasuk mod sukan profesional seperti berlari, berjalan, berbasikan dan berenang.

Watch Fit juga berfungsi sebagai pelatih peribadi anda dengan menawarkan animasi pantas bagaimana melakukan sesuatu aktiviti kecergasan dengan betul.

Selain itu,Watch Fit hadir skrin paparan AMOLED HD (280 x 456) berukuran 1.64-inci yang sangat terang dan berwarna dengan kepadatan piksel mencecah 326ppi.

 Seterusnya, jam pintar HUAWEI ini juga dilengkapi dengan bezel dan rangka yang ringan selesa dipakai sepanjang masa iaitu hanya 21 gram.

HUAWEI Watch Fit juga hadir dengan bateri yang menawarkan 10 hari pengunaan, GPS terbina, sensor degupan jantung TrueSeen 5.0, dan tahap kalis air 5ATM.

Selain itu, Watch Fit Special Edition juga memiliki teknologo pemantauan tidur HUAWEI TruSleep 3.0, jam tangan pintar menggunakan pergerakan badan, kadar denyutan jantung, HRV (kebolehubahan kadar denyutan jantung) dan data fisiologi lain untuk memberikan pengguna analisis tidur yang menyeluruh.

HUAWEI Watch Fit Special Edition akan dibuka untuk pra-tempahan dari 1 Ogos – 8 Ogos 2023. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan pakaian pintar terkini pada harga  RM2x9 dan terdapat baucar diskaun RM 20 yang boleh ditebus dari 25 Julai hingga 8 Ogos 2023 di HUAWEI Official Website, Shopee atau Lazada

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.