Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix NOTE 30 Pro turut rasmi dengan skrin AMOLED dan pengecasan pantas 68W

Infinix NOTE 30 Pro turut rasmi dengan skrin AMOLED dan pengecasan pantas 68W 1

Infinix NOTE 30 Pro Malaysia

Selain Infinix NOTE 30 dan NOTE 5G, Infinix juga telah memperkenalkan Infinix NOTE 30 Pro.

Infinix NOTE 30 dan Note 30 5G diumumkan dengan cip MediaTek dan pengecasan All-Round FastCharge 45W

 Infinix Note 30 Pro  merupakan model terbaik didalam NOTE 30 Series walaupun ianya hanya menawarkan sokongan LTE dengan penggunaan cip  Helio G99 chipset.

Infinix NOTE 30 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz,  8GB RAM + Extended RAM sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Dalam pada itu, Infinix NOTE 30 Pro juga memiliki bateri 5,000mAh namun dengan sokongan pengecasan pantas 68W All-Round FastCharge, pengecasan tanpa wayar 15W dan pengecasan berbalik.

Infinix NOTE 30 Pro turut rasmi dengan skrin AMOLED dan pengecasan pantas 68W 2

Beralih kepada kamera, Infinix NOTE 30 Pro tampil dengan sensor utama 108MP ISOCELL HM6 dengan aperture f/1.75 bersama sensor 2MP dan sensor AI. Kamera selfie adalah 32MP bersama flash hadapan.

Infinix Note 30 Pro juga mempunyai ruang wap untuk penyejukan, yang merangkumi 10 lapisan bahan penyejuk untuk mencapai keluasan keseluruhan 2,000 sq.mm, pembesar suara JBL, NFC dan bicu audio 3.5mm.

Infinix NOTE 30 Pro akan ditawarkan akan didalam dua warna iaitu Black dan Variable Gold. Pelancaran di Malaysia akan berlangsung pada 24 Mei ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.