Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO Z7s 5G kini rasmi dengan skrin AMOLED 90Hz dan Snapdragon 695

iQOO Z7s 5G

iQOO Z7s 5G  menampilkan penggunaan skrin paparan AMOLED berukuran 6.38-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 90Hz dan sensor capjari terbina dalam skrin.

Selain itu, iQOO Z7s 5G dijana dengan cip Snapdragon 695 5G bersama 6GB atau 8GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Pada bahagian kamera, Z7s 5G ini memiliki sensor utama 64MP yang memiliki OIS bersama sensor bokeh 2MP dan kamera selfie 16MP.

Seterusnya, iQOO Z7s 5G ini memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 44W FlashCharge, bicu audio 3.5mm, FunTouch OS 13 yang berasaskan Android 13.

iQOO Z7s 5G akan ditawarkan dua warna iaitu Pacific Night and Norway Blue pada dari INR 18,999 (RM 1,047).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.