Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp mula menawarkan ciri ‘edit’ mesej yang dihantar

WhatsApp Editing

WhatsApp Editing

Aplikasi WhatsApp sentiasa menerima penambahbaikan dari semasa ke semasa dan kini Mark Zuckerberg telah mengumumkan ciri suntingan mesej yang telah dihantar.

WhatsApp bakal menawarkan ciri yang membolehkan anda menyunting mesej dalam masa 15 minit selepas ianya dihantar jika anda melakukan kesilapan atau bertukar fikiran.

Mesej yang disunting akan memaparkan ‘disunting’ pada mesej, maka orang yang menerima mesej daripada anda akan menyedari pembetulan itu tanpa menunjukkan sejarah suntingan. Seperti semua mesej, media dan panggilan peribadi, mesej anda dan suntingan yang anda buat dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung.

 Ciri ini telah mula dilancarkan kepada pengguna di seluruh dunia dan akan tersedia kepada semua orang dalam beberapa minggu akan datang.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.