Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus akan kongsi teaser telefon pintar baharu OnePlus pada 22 Julai ini

OnePlus Jackson Wang

OnePlus telah mengumumkan bahawa ia akan meraikan peminat APAC dengan acara OnePlus Magic Power, sesi bertemu dan sapa eksklusif dengan duta  OnePlus bagi rantau APAC iaitu Jackson Wang di Bangkok, Thailand, pada 22 Julai 2023.

Acara itu akan berlangsung di The Icon Siam dan peminat akan berpeluang bertemu dengan Magic Man dengan menyertai peraduan media sosial Show Your Magic Power.

Acara ini adalah sebahagian daripada kempen teaser untuk telefon pintar OnePlus yang akan datang pada tahun 2023.

Susulan kejayaan OnePlus 11 5G dan OnePlus Nord CE 3 Lite 5G baru-baru ini, telefon pintar OnePlus yang akan datang juga akan mengikuti tradisi membawa  pengalaman pengguna OnePlus yang lancar kepada peminat.

Peraduan ini akan terbuka kepada semua peminat OnePlus di rantau APAC dan untuk maklumat lanjut tentang cara menyertainya, lawati akaun media sosial rasmi OnePlus.

Ini adalah cara untuk anda mengambil bahagian:

1. Miliki OnePlus 11 5G, OnePlus Nord CE 3 Lite 5G, atau  model akan datang daripada mana-mana saluran penyertaan yang dibenarkan.

2. Daftar di www.oneplusmagicpowerevent.com bermula dari 22 Mei 2023.

3. Semak sama ada anda pemenang melalui laman web acara rasmi.

Jika anda belum memiliki telefon pintar OnePlus, kunjungi laman web rasmi OnePlus, Shopee dan Lazada untuk maklumat lanjut.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.