HUAWEI P60 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan sistem kamera XMAGE – dari RM 4,699
HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI P60 Pro untuk pasaran Malaysia.
HUAWEI P60 Pro memiliki rekaan yang lebih terkini terutamanya Rococo Pearl dan ianya turut memiliki pensijilan kalis air dan habuk IP68.
HUAWEI P60 Pro hadir panel OLED LTPO berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 1Hz-120Hz. Panel ini juga dilapisi gelas keselamatan Kunlun Glass dan sensor capjari terbina didalam skrin.
Selain itu, P60 Pro memiliki sensor utama 48MP RYYB yang memiliki OIS dan aperture fizikal boleh ubah antara f/1.0 sehingga f/4.0
Beralih kepada sensor ultrawide pula, P60 Pro memiliki sensor 13MP dengan aperture f/2.2.
Dalam pada itu, sensor telefoto HUAWEI P60 Pro adalah sensor 48MP yang memiliki OIS dengan kebolehan zoom optikal 3.5x dan zoom digital 100x.
Selain itu, HUAWEI P60 Pro juga memiliki HUAWEI XD Fusion Pro untuk menghasilkan gambar dengan kualiti yang sama seperti dilihat oleh mata.
Selain itu, P60 pro tampil dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G, 8GB atau 12GB RAM, storan dalaman 256GB atau 512GB dan antaramuka EMUI 13.1.
Seterusnya, HUAWEI P60 Pro memiliki berkapasiti 4,815mAh dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 88W dan pengecasan tanpa wayar 50W.
HUAWEI P60 Pro kini ditawarkan di Malaysia didalam dua warna iaitu Rococo Pearl dan Black pada harga yang bermula dari RM 4,699 bagi versi 8/256GB dan RM 5,499 bagi versi 12/512GB.
Pra-tempahan HUAWEI P60 Pro boleh dilakukan sekarang melalui HUAWEI Experience Stores, laman rasmi HUAWEI , HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan wakil pengedar rasmi seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic.
Jualan rasmi akan bermula pada 20 Mei ini.
Baca : ULASAN : HUAWEI P60 Pro – Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023