Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar foldable HUAWEI Mate X3 kini rasmi di Malaysia – harga RM8,888

HUAWEI Mate X3

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan telefon pintar foldable terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI Mate X3 yang lebih ringan dan lebih nipis.

HUAWEI Mate X3 memiliki dua skrin paparan 120Hz iaitu cover screen berukuran 6.4-inci dengan resolusi 2504×1080 piksel dan aspek nisbah 20:9:9 manakala panel utama adalah skrin 7.85-inci dengan resolusi 2496×2224 piksel dan nisbah 8:7.1.

HUAWEI Mate X3

Selain itu, Mate X3 ini mempunyai berat sekitar 239gram iaitu hampir 24 gram lebih ringan berbanding Galaxy Z Fold4 dan ianya kini juga disertakan dengan pensijilan kalis air IPX8.

Seterusnya, Mate X3 mempunyai engsel baharu yang menutup skrin lipat ini seperti buku dan HUAWEI mendakwa tiada sebarang lekukan jelas pada panel skrin lipat ini.

HUAWEI Mate X3 Malaysia

Dari segi dalaman, Mate X3 dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G bersama 12GB RAM, storan dalaman  512GB dan antaramuka EMUI 13.1.

Seterusnya mengenai kamera, Mate X3 hadir dengan sensor utama 50MP f/1.8, sensor ultrawide 13MP f/2.2 dan sensor telefoto 5x 12MP f/3.4. Mate X3 juga memiliki dua sensor selfie 8MP.

Dalam pada itu, HUAWEI Mate X3 juga memiliki bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 66W serta pengecasan tanpa wayar 50W.

HUAWEI Mate X3 kini ditawarkan Malaysia pada harga RM 8,888 bagi versi 12GB/512GB dan anda boleh membelinya didalam dua pilihan warna iaitu Dark Green Vegan Leather dan Black.

Dapatkan HUAWEI Mate X3 sekarang di HUAWEI Experience Store, laman rasmi HUAWEI, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan wakil pengedar sah rasmi seperti   SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.