Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 11 kini telah menerima akses beta Android 14

OnePlus 11 Android 14 Beta 1

OnePlus secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar flagship OnePlus 11 kini boleh mengakses Android 14 Beta 11 baharu.

Pembangun aplikasi dan pengguna awal kini boleh mencuba versi beta Android 14 pada OnePlus 11 5G

Teras utama Android 14 ialah privasi, keselamatan, prestasi, produktiviti pembangun dan penyesuaian pengguna.

Android 14 Beta 1 akan tersedia pada OnePlus 11, telefon pintar flaghsip OnePlus yang mendapat sambutan luar biasa sejak ianya dilancarkan pada Februari 2023.

OnePlus 11 ini hadir dengam cip Snapdragon 8 Gen 2, 16GB RAM LPDDR5X, 2K 6.7 inci Paparan Super Fluid AMOLED 120Hz dengan LTPO 3.0, pengecasan pantas SUPERVOOC 100W Endurance Edition dan Kamera Hasselblad Gen Ke-3 untuk yang memberikan pengalaman fotografi unggul dalam setiap aspek.

Untuk mencuba versi awal pada Android 14 Beta 1 pada OnePlus 11, sila lihat Forum OnePlus: https://community.oneplus.com/thread/1311878789566824453

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.