Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

MWC 2023 : Tecno Phantom V Fold dilancarkan – foldable pertama Tecno

MWC 2023 : Tecno Phantom V Fold dilancarkan - foldable pertama Tecno 1

MWC 2023 : Tecno Phantom V Fold dilancarkan - foldable pertama Tecno 2

Tecno secara rasminya telah melancarkan telefon pintar foldable pertama mereka iaitu Tecno Phantom V Fold yang bermaksud ianya akan menjadi pendatang baharu didalam pasaran foldable.

Tecno Phantom V Fold adalah sebuah telefon pintar yang besar dengan berat mencecah hampir 300 gram namun anda akan menerima paparan yang besar dan bateri yang tahan lebih lama.

Di bahagian hadapan, Phantom V Fold memiliki skrin paparan cover berukuran 6.42-inci iaitu jenis LTPO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz serta resolusi 1080×2550 piksel.

MWC 2023 : Tecno Phantom V Fold dilancarkan - foldable pertama Tecno 3

Beralih kepada skrin paparan utama, Phantom V Fold tampil dengan paparan LTPO berukuran 7.85-inci dengan kadar segar semula 120Hz serta resolusi 2000×2296 piksel.

Dalam pada itu, Tecno Phantom V Fold dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9000+, 12GB RAM jenis LPDDRX5 dan dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB dan 512GB jenis UFS 3.1

Beralih ke kamera pula, Tecno Phantom V Fold memiliki tiga unit kamera dibelakang iaitu satu sensor utama 50MP, satu sensor telefoto 50MP dengan sokongan 2x zoom dan sensor ultrawide 13MP. Bagi tugas selfie, Phantom V Fold mempunyai satu sensor 32MP dibahagian cover screen dan sensor 16MP pada skrin utama.

Ke bahagian bateri, Tecno Phantom V Fold disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh bersama pengecasan pantas 45W yang mampu mencapai kapasiti penuh didalam masa 55 minit sahaja.

Tecno Phantom V Fold akan memasuki pasaran pada suku kedua tahun ini dan ianya akan ditawarkan di pasaran India terlebih dahulu pada harga INR 89,999 (RM 4,889) bagi varian 12/256GB dan INR 99,999 (RM 5,432) bagi varian 12/512GB. Terdapat promosi pembelian terawal bagi varian 12/256GB pada harga INR 79,999.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.