Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Fotografi Multiple Exposure dengan Expert RAW pada Samsung Galaxy S23 Ultra – hasil luar biasa

Fotografi Multiple Exposure dengan Expert RAW pada Samsung Galaxy S23 Ultra - hasil luar biasa 9

Samsung Galaxy S23 Series telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini dan telefon pintar Galaxy S23 Ultra adalah model tumpuan yang patut diberi perhatian khususnya dari segi teknologi kamera kerana ianya tampil dengan sensor utama 200MP.

Seperti tahun-tahun sebelum ini Samsung turut menyertakan aplikasi kamera Expert RAW yang membolehkan anda mempunyai lebih banyak akses dan kebebasa untuk menetapkan parameter kamera sekaligus mengambil gambar yang lebih unik dan menarik.

Selain itu, Expert RAW kini juga telah terbina didalam aplikasi kamera Samsung yang bermaksud anda tidak lagi perlu keluar dari aplikasi kamera untuk menggunakan Expert RAW.

Fotografi Multiple Exposure dengan Expert RAW pada Samsung Galaxy S23 Ultra - hasil luar biasa 10

Fotografi Multiple Exposure dengan Expert RAW pada Samsung Galaxy S23 Ultra - hasil luar biasa 11

Salah satu ciri menarik melalui Expert RAW yang ditawarkan pada Samsung Galaxy S23 Ultra adalah ciri fotografi Multiple Exposure yang membolehkan anda menggabungkan dua gambar menjadi satu gambar klasik yang menarik.

Cara untuk mengambil gambar Multiple Exposure pada Samsung Galaxy S23 Ultra adalah seperti berikut :

Buka Aplikasi Kamera > tekan More > tekan ikon Multiple Exposure >  Shutter ‘Manual’ > Overlay ‘ Bright’ > Exposure ‘2’

*pastikan anda melaras kadar EV yang sesuai sebelum mengambil gambar pada mod ini.

Berikut adalah beberapa gambar Multiple Exposure yang diambil menggunakan Samsung Galaxy S23 Ultra :

Berikut adalah video tentang bagaimana untuk mengambil gambar Multiple Exposure pada Samsung Galaxy S23 Ultra.

Samsung Galaxy S23 Ultra kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 5,699 dan terdapat promosi menarik yang ditawarkan oleh Samsung.

Fotografi Multiple Exposure dengan Expert RAW pada Samsung Galaxy S23 Ultra - hasil luar biasa 20

Untuk promosi terbaru Samsung sila lihat di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.