Samsung Galaxy S23 Ultra peroleh 140 mata bagi ujian kamera DxOmark
Samsung Galaxy S23 Ultra telah dilancarkan pada awal bulan ni dan ianya merupakan telefon pintar pertama syarikat ini untuk tampil dengan sensor 200MP.
Seperti biasa DxOMark akan menilai kemampuan kamera kebanyakkan telefon pintar terbaru dipasaran dan Samsung Galaxy S23 Ultra juga tidak terkecuali.
DxOMark telah memberikan Samsung Galaxy S23 Ultra 140 mata yang meletakkan telefon pintar ini ditempat ke-10 keseluruhan dan penilaian ini agak mengejutkan walaupun penawaran sensor 200MP sudah pastinya akan memberikan hasil gambar yang lebih baik.
DxOMark menyatakan bahawa antara kekurangan yang dimiliki Samsung Galaxy S23 Ultra adalah prestasi low-light yang kurang memuaskan, shutter lag dan pendedahan cahaya dan ketidakstabilan fokus pada latar belakang.
Apa pun, memandangkan sensor 200MP ini adalah pertama kali digunakan, kami percaya bahawa kualiti imej dan prestasi kamera telefon pintar ini akan dipertingkatkan melalui kemaskini perisian dari semasa ke semasa.
Bagi kamera, kualiti gambar pada Galaxy S23 Ultra adalah ckup baik namun masih ada ruang untuk penambahbaikan khususnya shutter lag.
Untuk hasil gambar yang diambil oleh kami melalui Samsung Galaxy S23 Ultra boleh dilhat di SINI