Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aplikasi WhatsApp kini menawarkan ciri Picture-in-Picture ketika Panggilan Video di iPhone

Aplikasi WhatsApp pada iPhone kini telah mula menawarkan sokongan Picture-in-Picture bagi panggilan video selepas ianya mula ditawarkan kepada pengguna beta pada bulan Disember yang lalu.

Ciri PiP pada panggilan video ini membolehkan anda keluar dari aplikasi WhatsApp tanpa menyebabkan panggilan video terhenti dan ini juga membolehkan anda melakukan multitasking.

Selain itu, Sokongan PiP ini kini ditawarkan kepada pengguna iPhone yang memiliki iOS 12 dan ke atas pada versi WhatsApp 23.3.77.

Dalam pada itu, versi baharu ini bukan sahaja membawakan ciri PiP, malah ianya membolehkan anda meletakkan ‘caption’ ketika menghantar dokumen, teks subjek group yang lebih panjang dan avatar yang boleh digunakan sebagai gambar profil.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.