Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y56 5G kini rasmi dengan cip Dimensity 700 dan sensor utama 50MP

vivo Y56 5G kini rasmi dengan cip Dimensity 700 dan sensor utama 50MP 9

vivo secara rasminya telah melancarkan vivo Y56 5G dipasaran India dan ianya mungkin permulaan bagi penawaran global telefon pintar ini.

vivo Y56 5G hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.58-inci demgan resolusi FHD dan ianya dijana cipset MediaTek Dimensity 700.

Selain itu, cip ini juga disertakan dengan 8GB RAM + 8GB Extended RAM 3.0 dan storan dalaman 128GB yang turut boleh ditambah dengan slot microSD.

vivo Y56 5G kini rasmi dengan cip Dimensity 700 dan sensor utama 50MP 10

Pada bahagian kamera, vivo Y56 5G akan memiliki sensor utama 50MP bersama kamera bokeh 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP.

Selain itu, vivo Y56 5G juga disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan antaramuka Funtouch 13 yang berasaskan Android 13.

vivo Y56 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Black Engine dan Orange Shimmer pada harga INR 19,999 (RM 1,077).

vivo Y56 5G kini rasmi dengan cip Dimensity 700 dan sensor utama 50MP 11vivo Y56 5G kini rasmi dengan cip Dimensity 700 dan sensor utama 50MP 12

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.