iQOO Neo7 Racing Edition dilancarkan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 – harga sekitar RM 1,777
iQOO telah memasuki pasaran Malaysia dengan pelacaran iQOO 11 5G baru-baru ini dan setiap pelancaran baharu syarikat ini sudah pasti mendapat perhatian pengguna walaupun ianya bukan pelancaran di Malaysia.
Terbaru, syarikat ini telah memperkenalkan iQOO Neo7 Racing Edition untuk pasaran China susulan daripada pelancaran iQOO Neo 7 beberapa bulan lalu.
iQOO Neo7 Racing Edition tampil dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan HDR10+ serta kamera selfie 16MP.
Selain itu, iQOO Neo7 Racing Edition ini dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 dimana ianya merupakan antara perbezaan utama apabila dibandingkan dengan iQOO Neo7 dan bersama cip ini turut disertakan tiga kapasiti RAM iaitu 8GB,12GB atau 16GB manakala storan dalaman adalah 256GB.
Beralih kepada kamera, iQOO Neo7 Racing Edition memiliki sensor utama 50MP GN5 dengan OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.
Seterusnya, telefon pintar ini juga dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh bersama pengecasan pantas 120W yang mampu memberikan 50% pengecasan didalam masa 10 minit sahaja.
iQOO Neo7 Racing Edition juga memiliki dual X-axis linear motor, sistem penyejukan VC dan OriginOS 3.0 yang berasaskan Android 13.
iQOO Neo7 Racing Edition akan ditawarkan didalam tiga warna Orange, Blue dan Black pada harga dari CNY 2,799(RM 1,777)