Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandangan Pertama – Honor X9a 5G – telefon pintar midrange dengan gelas keselamatan setaraf peranti flagship

Honor telah mengesahkan bahawa telefon pintar Honor X9a 5G akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 4 Januari ini.

Sejak pengumuman pelancaran telefon pintar ini, Honor dilihat amat memfokuskan kepada kemampuan lapisan gelas keselamatan Honor X9a 5G yang sangat tahan lasak setaraf gelas keselamatan terbaik yang biasanya digunakan pada telefon pintar flagship.

Berikut adalah pandangan pertama Honor X9a 5G yang telah sampai ke tangan kami lebih awal sebelum pelancaran rasmi awal bulan hadapan.

Pertama, Honor X9a 5G ini dilapisi gelas Super Reinforced 0.65mm yang mana ianya adalah lebih kukuh berbanding gelas keselamatan 0.55mm yang biasa digunakan pada telefon pintar lain dan ketebalan kaca ini membolehkan ianya menawarkan ketahanan lebih tinggi apabila terjatuh .

Selain itu, Skrin paparan Honor X9a 5G juga ini telah lulus beberapa ujian lasak HONOR yang termasuk dijatuhkan berulang kali ke atas lantai batu mamar dan konkrit dari ketinggian satu meter serta jatuh berguling dari pelbagai sudut.

Selain ujian skrin , Honor X9a 5G telah juga lulus 33 ujian lasak lain melibatkan pengklikan, tekanan menekan dan menekan butang kuasa yang membuktikan telefon pintar ini mempunyai tahap kualiti dan ketahanan yang terbaik didalam industri.

Seterusnya, Honor X9a 5G juga dilengkapi skrin paparan OLED 1.07 bilion warna berukuran 6.67-inci yang melengkung 45° pada kedua-dua sisi yang turut menyokong kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz serta kecerahan sehingga 800nits. Skrin Honor X9a 5G juga telah menerima pensijilan cahaya biru rendah TÜV Rheinland dan teknologi PMW Dimming 1920Hz.

Menyentuh sedikit mengenai reka bentuk, Honor X9a 5G tampil didalam profil rekaan yang sangat nipis dengan ketebalan hanya 7.9mm dan berat 175gram. Ianya akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Titanium Silver, Emerland Green dan Midnight Black.

Seterusnya, rekaan telefon pintar ini juga sangat premium dengan rekaan modul kamera yang sama seperti Honor Magic4 Pro dan ianya juga telah disahkan memiliki bateri berkapasiti 5,100mAh dengan pengecasan pantas Honor SuperCharge 40W.

Jangan lupa saksikan siaran langsung pelancaran Honor X9a 5G di Malaysia pada 4 Januari 2023 bermula jam 7 petang di Facebook HONOR Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.hihonor.com/my/new-launch/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.