Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO semakin hampir memasuki pasaran Malaysia secara rasmi

Jenama telefon pintar iQOO yang merupakan anak syarikat vivo dilihat semakin hampir memasuki pasaran Malaysia didalam waktu terdekat.

Petunjuk terbaru mengenai kemasukan jenama ini ke pasaran Malaysia adalah dengan pembukaan stor rasmi iQOO di Lazada dan Shopee.

iQOO adalah jenama telefon pintar yang menawarkan produk prestasi tinggi dan terbaik, pelancaran iQOO telah menerima maklum balas yang luar biasa di negara lain seperti India dan China.

Selain itu, ramai di antara anda mungkin tidak tahu bahawa iQOO merupakan rakan kongsi premium BMW M Motorsport.

Apa yang pasti, produk pertama iQOO di Malaysia di jangka akan dilancarkan di Malaysia sebelum penghujung tahun ini.

Ikuti perkembangan terkini iQOO melalui Facebook rasmi iQOO Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.