Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 12 Series akan dilancarkan pada bulan November

Xiaomi telah mengumumkan 18 model Redmi Note 11 sepanjang tahun ini dan syarikat ini kini akan memperkenalkan Redmi Note 12 Series bulan hadapan dan ianya akan tampil dengan dua teknologi terbesar.

Lebih menarik, Xiaomi juga mengesahkan salah satu daripada teknologi tersebut adalah yang pertama didunia namun tiada sebarang maklumat mengenai teknologi ini diberikan.

Xiaomi dijangka akan memperkenalkan Redmi Note 12, Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12 Pro+ yang akan hadir dengan pengecasan 67W, 120W, dan 210W fast charging..

Dalam pada itu, Redmi Note 12 dan Redmi Note 12 Pro dilaporkan akan hadir dengan cipset terbaru daripada MediaTek iaitu Dimensity 1080 yang turut mempunyai kebolehan menyokong sensor 200MP.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.