Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pasaran telefon pintar global catat penurunan 9% pada suku kedua – Samsung kekal No.1

Pasaran telefon pintar global catat penurunan 9% pada suku kedua - Samsung kekal No.1 1

Pasaran telefon pintar global catat penurunan 9% pada suku kedua - Samsung kekal No.1 2

Laporan terbaru daripada Canalys bagi pasaran telefon pintar global pada suku ke-2 menyaksikan penurunan jualan sebanyak 9% namun Samsung dan Apple kekal menerajui pasaran.

Samsung kekal ditangga pertama dengan jualan sebanyak 61.8 juta unit iaitu 21% pegangan pasaran manakala Apple kedua dengan jualan 49.5 juta iaitu 17% pegangan pasaran.

Dalam pada itu, Xiaomi ditempat ketiga dengan jualan sebanyak 39.6 juta unit yang mewaikili 14% pegangan pasaran diikuti OPPO dengan 10% dan vivo dengan 9% pegangan pasaran.

Selain Samsung dan Apple, syarikat lain didalam 5 senarai teratas mencatatkan penurunan penjualan yang drastik dan ianya mungkin disebabkan oleh ‘lockdown’ di China.

Selain itu, trend penurunan permintaan ini dijangka akan berterusan sepanjang tahun ini walaupun terdapat beberapa pelancaran baharu yang akan berlangsung termasuk Samsung Galaxy Z Series dan Apple iPhone 14 Series.

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.