Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 10T 5G akan hadir dengan bateri 4,800mAh dan teknologi pengecasan 150W SUPERVOOC Endurance Edition

Pelancaran telefon pintar flagship terbaru OnePlus hanya berbaki dua hari sahaja lagi dan syarikat ini kini telah mengesahkan kapasiti bateri dan teknologi pengecasan pantas yang akan dimiliknya.

OnePlus telah mengesahkan OnePlus 10T 5G akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,800mAh bersama teknologi pengecasan terpantas didalam sejarah OnePlus iaitu 150W SUPERVOOC Endurance Edition.

Bersama teknologi pengecasan pantas ini, OnePlus 10T 5G juga akan memiliki teknologi Battery Health Engine yang memastikan bateri kekal seperti baharu untuk tempoh yang lebih lama.

OnePlus 10T 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 3 Ogos ini yang boleh disaksikan bermula jam 10 malam di https://www.youtube.com/c/OnePlusTech

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.