Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 50 Series akan dilancar pada bulan September

HUAWEI Mate 50 Series akan dilancar pada bulan September 3

Selepas tidak melancarkan telefon pintar Mate Series tahun lalu, HUAWEI dilihat akan memperkenalkan HUAWEI Mate 50 Series tahun ini bersama-sama HarmonyOS 3.0 dan cipset baharu.

HUAWEI Mate 50 Series dijangka akan terdiri daripada 3 model iaitu Mate 50, Mate 50 Pro dan Mate 50 RS yang akan dikuasakan dengan cip Kirin 9000S namun masih kekal dengan penawaran 4G sahaja.

Dalam pada itu, leakster Digital Chat Station juga telah mendedahkan lakaran panel belakang HUAWEI Mate 50 dan Mate 50 Pro.

Selain itu, HUAWEI Mate 50 Series juga dilaporkan akan tampil dengan teknologi pengimejan terbaru yang dikenali sebagai XMAGE dan ianya adalah sesuatu yang diperlukan memandangkan kerjasama dengan Leica telah berakhir.

HUAWEI Mate 50 Series dilaporkan akan dilancarkan pada bulan September.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.