iflix kini ditawarkan percuma kepada pelanggan Celcom
Penyedia Internet TV terkemuka Asia Tenggara, iflix kini telah mengumumkan kerjasama dengan satu lagi syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Celcom.
Kerjasama ini membolehkan Celcom menawarkan pelanggan mereka akses kepada ribuan rancangan TV di iflix mulai 15 Mac 2016. Ini akan memberikan maanfaat kepada hampir 12 juta pelanggan Celcom di Malaysia dan akses iflix percuma ini adalah untuk 2 bulan ( bernilai RM 20).
Selain itu, selepas tempoh dua bulan, pelanggan Celcom yang ingin meneruskan langganan iflix, mereka boleh terus menikmati segala rancangan di iflix dengan bayaran bulanan istimewa iaitu hanya RM 9.
Pengguna juga boleh memilih untuk membayar melalui akaun prabayar atau pascabayar Celcom mereka.
Untuk mendapat akses iflix ini, pelanggan Celcom hanya perlu melayari iflix.com atau memuat turun aplikasi iflix pada peranti pintar mereka dan mereka akan dapat menikmati akses percuma ini tanpa melakukan sebarang pendaftaran.
Ketua pegawai eksekutif iflix Malaysia, Azran Osman-Rani berkata iflix bangga dapat berkejasama dengan Celcom.
Iflix kini sudah ditawarkan di pasaran Malaysia, Thailand dan Filipina dan syarikat ini akan sentiasa memperkenalkan servis kelas dunia ke pasaran utama Asia Tenggara didalam masa terdekat.
Selain kerjasama dengan Celcom, iflix sebelum ini telah berkerjasama dengan Digi dan TM Unifi yang mana kesemua pelanggan mereka ini menerima servis percuma iflix untuk satu tempoh masa yang terhad ( 2 hingga 12 bulan).