Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[Eksklusif] Pelan UMobile Hero bakal hadir dengan 15GB internet

umobile-hero-15gb

UMobile kini dilihat menawarkan sehingga 15GB kuota internet bulanan percuma bagi pelanggan pascabayar Hero.

Pelan pascabayar Hero ini adalah pelan yang menawarkan panggilan tanpa had percuma kesemua rangkaian dengan bayaran bulanan hanya RM 70.

Selain panggilan percuma, pelan pascabayar UMobile Hero ini juga hadir dengan 7GB kuota internet bulanan namun kini ianya hadir dengan kuota internet bulanan 15GB.

Ini bermaksud anda menerima 8GB kuota internet tambahan secara percuma dan tawaran ini dilihat penawaran kuota internet tambahan ini hanya sah sehingga 20 Jun 2016. Bagi SMS pula, pengguna akan dicaj dengan kadar 3sen/SMS bagi rangkaian sama dan 8sen/SMS bagi rangkaian lain.

Buat masa ini, UMobile belum mengumumkan secara rasmi mengenai promosi ini dan berita ini adalah satu berita eksklusif dari MobileFokus untuk anda.

Pelancaran pelan pascabayar dengan promosi baru ini adalah episod terkini persaingan antara syarikat telekomunikasi bagi tahun ini.

Sebelum ini, Digi telah memperkenalkan pelan pascabayar Digi SmartPlan 75 yang hadir dengan panggilan tanpa had percuma selain 7GB kuota internet percuma sebelum memperkenalkan pelan pascabayar terbaru yang hadir dengan kemudahan untuk membawa baki kuota internet yang tidak digunakan ke bulan seterusnya.

Selain Digi, Celcom dan Maxis turut memperkenalkan pelan pascabayar yang baru namun pelan yang ditawarkan oleh Maxis adalah pelan yang hanya ditawarkan kepada rakyat negeri Sabah dan Sarawak.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.